Yesus turun dari bukit itu dan ramai orang mengikut-Nya.
Seorang yang menghidap penyakit kusta datang bersujud di hadapan-Nya sambil berkata, “Tuan, sekiranya Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku.”
Yesus menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!” Pada saat itu juga penyakit kustanya hilang.
Lalu Yesus berkata kepadanya, “Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam. Kemudian, persembahkan korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.”