Matius 13:24-30 (Alkitab Versi Borneo)

Yesus menceritakan satu ibarat lagi: “Kerajaan syurga ibarat orang menabur benih yang baik di ladangnya.
Pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur, musuhnya datang menanam lalang di antara gandum itu.
Setelah gandum itu membesar, lalang pun tumbuh juga.

Hamba peladang berkata, ‘Tuan menabur benih yang baik, dari mana pula datangnya lalang itu?’

Jawab peladang itu, ‘Ini perbuatan musuh.’

Hamba itu bertanya, ‘Adakah tuan hendak kami mencabut lalang itu?’

‘Tidak,’ jawab peladang itu, ‘takut tercabut gandum juga sewaktu kamu mencabut lalang itu.
Biarkanlah lalang tumbuh di antara gandum hingga sampai musim menuai. Ketika itu aku akan menyuruh orang yang menuai nanti mencabut lalang dahulu, mengikat dan membakarnya. Selepas itu, barulah gandum dituai dan disimpan di dalam jelapang.’”

Tweet